Sabtu, 21 Maret 2009

info kesehatan

Penyakit Tangan & Mulut


Penyakit tangan dan mulut adalah disebabkan Virus Coxsackie A16, iaitu dari kalangan jenis enterovirus. Ia tidak berjangkit melalui hewan tetapi disebarkan antara semasa manusia. Seseorang boleh dijangkiti sekiranya bersentuhan dengan cecair hidung, kerongkong, air liur atau najis seseorang lain yang dijangkiti.
Jangka masa antara jangkitan dan kewujudan simptom-simptom ialah antara 3 hingga 7 hari. Faktor utama jangkitan ialah umur. Kanak-kanak berumur di bawah 10 tahun adalah paling kerap dijangkiti dan hanya sedikit kes berlaku di kalangan orang dewasa.
Antara simptom-simptom penyakit ini ialah demam, sakit kepala, hilang selera makan, berlaku kegatalan seperti ruam di di tangan, kaki dan di kawasan genital, sakit tekak serta ulser di bahagian tekak, mulut dan lidah.
Bagi penyakit ini, tiada rawatan sesuai untuk jangkitan kecuali rawatan terhadap simptom yang berlaku. Rawatan dengan antibiotik sahaja tidak berkesan. Penggunaan ubat seperti Acetaminophen sebagai ganti Aspirin perlu untuk mengatasi demam. Kanak-kanak yang dijangkiti perlu dipastikan cecair dalam badan mencukupi. Penggunaan cecair seperti susu sangat bersesuaian menggantikan jus atau minuman lain yang mungkin tidak sesuai bagi kanak-kanak menghidap ulser dalam mulut.
sumber: http://ms.shvoong.com/medicine-and-health/epidemiology-public-health/1828977-penyakit-tangan-mulut/

Tidak ada komentar:

Posting Komentar